Sebaik sahaja keluar baris rollcall malam, langkah diayun segera ke masjid.
Tujuan?
Tak ada tujuan, sekadar membawa hati yang sedikit tertekan.
Hyper secretion of cortisol hormone, hormone untuk kurangkan stress.
Mungkin mencari jr, untuk membangkitkan kembali inspirasi.
Tuan ni asyik tension je, jom makan serawa durian dengan gardenia.
Tuan, jom lah ratah rangka ayam, saya beli dekat bazar tadi.
Orang memujuk dengan makanan. Sebab makan memberi moral.
Tuan cuba buat posisi macam ni, Insyaallah boleh hilang sikit rasa tension; pujuk seorang lagi sambil menunjukkan gambar posisi baring supine dilantai dengan kaki ditegakkan didinding. Macam sujud, cumanya dalam keadaan baring.
Ubah posisi apabila marah, persis saranan nabi.
Otw menaiki lif, ada pula seorang jr menyanyikan lagu, nak memberi semangat; Semangat Yang Hilang, XPDC.
"Dalam kubur manapun, jasad aku ditanam
Aku, akulah jua...
Semarak impian, segunung harap dipulang,
Usah diragukan, keupayaan diri..
Apa apa pun, sebenarnya bila kita refleks diri kembali, tak perlu sangat rasa tertekan dalam mengejar hal hal dunia.
Pernahkan kalian mendengar kata kata ini;
siapa yang mengejar dunia, maka dia akan dapat dunia sahaja, tapi siapa mengejar akhirat, dia akan dapat keduanya.
So, bukak tapak tangan kanan, letak diri dada sebelah kiri, then cakap
All Iz well 3 kali.
La Haula wala Quwatta Illa Billah,
Allah sentiasa ada untuk kita!
Insyaallah!
#inspiringkhalifah
#mogaAllahRedha
Insyaallah semuanya baik tuan
ReplyDeleteAmin..sebab Dia tak kejam..
ReplyDelete