Hari ni keringan lagi; bahasa emak dekat rumah untuk menunjukkan tak terbangun sahur.
Usai solat sunat sebelum subuh tadi, tiba tiba kotak fikiran teringat kawan lama disekolah dulu.
Kawan yang akan aku selalu kejutkan untuk bangun sahur sama sama.
Walaupun dia bukan satu rumah (baca: homeroom) dengan aku, aku pasti cuba bangun awal semata mata nak kejut dia dan sahur bersama.
Apa yang aku ingat? My last memory dia akan pakai t shirt kuning masuk DM (dewan makan). Haha..
Sahabat, cemburunya aku dengan kau.
Kau dipilih untuk pergi bertemu Dia tatkala kita masih muda,
Umur kita 19 tahun, selepas aku melapor di UPNM sedang kau akan berangkat jauh di luar negara.
Sungguh jauh kau tinggalkan aku akhirnya.
At least ketika dosa kau masih kurang berbanding aku sekarang ni...
Solat sunat disudahi dengan titipan fatihah untuk dia.
Moga kau bahagia di sana.
Betullah, mati tidak mengenal usia!
Adakah kalian sudah bersedia?
#MogaAllahRedha
No comments:
Post a Comment