Dalam menanti IC untuk melapor strength malam, aku berborak dengan jr dan kawan2.
Inilah sebab aku suka turun rollcall, dapat mendengar dan berkongsi cerita untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan bersama.
" Tn pernah tak rasa ada orang suka tuan, dan dia sibuk bercerita pada orang lain namun sebenarnya tn hanya sekadar rapat atas urusan kerja?
Dan Salah satu sebabnya dia tertarik adalah kerna tudung labuh ini, dan ia membuatkan saya mahu buka balik tudung ni!
Aku terkesima, betullah Allah menguji seseorang mengikut tahap keimanan masing2.
Aku mungkin tidak tertarik dengan seksanya maria Ozawa, tapi mungkin aku tertarik dengan ayunya Heliza Helmi, siapa tahu??
BTW, siapa wanita gagah itu?
Dia hanyalah wanita yang mahu berubah, bermula dengan penampilan tudung sedikit litup melepasi paras bahu sebelum menukar tingkah laku yang kebiasaannya amat happy go lucky untuk menjadi seorang muslimah osem secara total.
Tak apa, berubah slow slow asalkan istiqamah.
Bersabar dengan ujian.
Solusi masalah tadi?
Jangan tarik muka tapi berterus terang.
Jika benar dia sukakan perempuan yang cuba menjaga malunya, kenapa dia seorang lelaki tidak mahu menjaga rasa hormat pada seseorang.
Untuk anda yang mungkin lelaki itu,
ingat, setiap perempuan ada maharnya,
dan kita sebagai lelaki memegang amanah melindungi mereka, siapa pun mereka!
#mariIstiqamahWahaiHati
#mogaAllahRedha
No comments:
Post a Comment