Saturday, 11 July 2015

KISAH PEMUDA BANGSA, PUTERA AGAMA

Seusai ditahan dengan polis kerana memandu malam malam di Putrajaya, percisely di Percint 9.
Saya melihat sesuatu yang pelik setelah tiba di destinasi yang dituju; Masjid Putra, Precint 1, Putrajaya, Malaysia.
Sepanjang menjadi permastautin tidak tetap disini, sukar nak melihat saf saf ini penuh kecuali solat Jumaat yang berlangsung pada Zohor hari Jumaat setiap minggu.

Wah....
Ramainya yang iktikaf dimasjid ini.
Tapi yang membuatkan saya lebih takjub bila mana ramai anak anak muda yang mendominasi,
Mereka berkumpulan, mengambil penjuru masing masing membentang selimut.
Ada yang khusyuk solat malam walau Imam bertugas belum lagi bekerja, pak siak masjid belum lagi membuka lampu.
Ada juga yang mengatur makanan kumpulan masing2, sebagai bekalan sahur, mungkin tambahan dari sahur yang akan disediakan pihak masjid selepas qiam nanti, seperti kami yang membawa 20 keping roti canai dari InasMaju Precint 9 sebenar tadi.

"Hebat, bila anak muda lebih memilih unusual path, the road not taken," kata Ibu selepas witir di Bangi tadi.

So, saya nak menjadi pemuda hebat, persis kata ibu.

Sebabnya saya tak sabar nak masuk syurga Allah yang maha luas itu!

No comments:

Post a Comment