Menulis mengisi entry seusai halaqah mingguan, selepas subuh berjemaah untuk berkongsi suka duka demi menjalin ukhwah sampai ke syuga.
"Akh, belajar jangan tension tension.
Hari last b4 exam, jangan study hard sangat, rilex n ambik yang light2 je, macam yang KSL selalu ajar kami before any tournament.
Masa tu fokus usaha tawakal kepada Dia tuhan pemberi rezeki!
Baca Quran banyak banyak."
Nice, sebab selama ni aku tak boleh tidur malam waktu nak exam.
Rasa banyak giler benda tak habis cover.
"Lagi satu, jangan lupa whatapps semua lectures dan tutor sepanjang sem ni.
Minta maaf, halal segala ilmu demi keberkatan. Memuliakan mereka sebagai orang berilmu-alim ulama.
Lagi bagus buat untuk jurulatih dan pti bagai."
Deep..
Baru sedar selama ini kebergantungan kecemerlangan examku diukur dan disandarkan kepada berapa banyak ilmu yang dibaca sahaja. Bukan kepada Tuhan pencipta kehidupan ini.
Betullah,
CGPA 3.67 bukan kayu mengukur kita bijak dan berjaya dalam hidup,
Tapi kecemerlangan itu diukur bagaimana kita mengurus kehidupan dengan bijak.
#inspiringAlFateh
#MogaAllahRedha
No comments:
Post a Comment