Sunday, 17 May 2015

Cotton candy di puncak Broga

Mentari semakin terang
Bahang semakin terasa,
Puncak Broga itu tak pernah sepi dengan manusia, sentiasa sesak dan padat.
4 puncaknya sentiasa dipenuhi dengan insan yang cuba mencari ketenangan, pengembaraan dan pengalaman.
Indah kehidupan, penuh dengan ibrah bg mereka yang sentiasa memikirkan.

"Akhi!..sini2..kita ambik gambar dekat sini pula", tangan menunjuk tepat kearah batu besar dihujung jalan.
Batu yang menghadap timur sungguh strategik untuk menikmati mentari yang baru menjelma.
"Oke2, jap lagi sampai.."

Ukhwah, kalau dibina atas iman tiada apa yang boleh membezakan.
Pangkat, balak, seniority hilang sementara.
Perlu dikorbankan demi merasakan manisnya ukhwah itu.

"Zack, tolong.. ana sakit".
Zack tadi yang paling depan datang balik, ditinggalkan semuanya, beg sandang, banner dll.
Muka serius giler, x boleh bla..
"Kenapa akhi? Seliuh?"
"Tak..."
"Habis?"
"Diabetes.."
"Eh?"
"Iya la.. diabetes tahap 3..gara2 manisnya ukhwah".
"Ceh...."

Kisah macam dongeng, tapi realiti.
Macam tak boleh blah, tapi inilah hakikatnya.
Macam hikayat Melayu lama, tapi inilah apa sahabat Nabi rasakan.
Hablu minallah, wa hablu Minannas..
Iya, ini lah apa yang aku rasakan!

Untuk kawan2, teruskan mencari sahabat terbaik.
Sebab English scholars pernah menyatakan, friend in needs is a friend indeed.
Orang Melayu pun selalu pesan, bercinta biar satu, berkwan biar beribu..eh?? X sesuai..
Tapi main point dia adalah carilah buddy.
Dan sahabat baik giler ni tak semestinya satu, mungkin sekumpulan, segerombolan ataupun seangkatan.
Tapi yang penting Kawan, roommates,  classmates,  lain.. tak sama dengan buddy.
Yes, I mean buddy!
Tempat share segalanya, masalah, rahsia dan lain lain.

Jika anda masih belum punyai buddy,  berdoalah agar dipertemukan.
Jika anda sudah mempunyai buddy, jagalah dan kekalkan persahabatan.
Jangan bagi ia terputus walau apa jua sekalipun.
Belajar menghargai kerana anda akan dihargai..

Sekian coretan buat buddies.
(Kerna saya ada segerombolan sahabat yang hebat!)
Moga kau terus kuat menjadi syabab al Fateh yang segar hamasahnya untuk menyentuh  pemuda yang jiwanya kering.
Moga kita menjadi penyambung rantai rantai itu..
Rantai legasi kepimpinan Islam.

Hikayat cotton candy,
Manis, menarik tapi terlalu rapuh.
Jangan biar mehnah disekeliling memusnahkan segalanya.
Teruslah berjemaah agar ia kekal kuat dan terikat!

Ikhlas,
Sahabat.

No comments:

Post a Comment