Tuesday, 12 May 2015

Aku sedang bercinta dengan siapa ? ? ?



Apabila berbicara tentang cinta pasti terdetik di fikiran banyak manusia bahawa cinta itu adalah perasaan kasih dan sayang seseorang kepada kekasihnya. Betul tak ? Secara literal dan realitinya memang tidak boleh dinafikan hal tersebut kerana cinta itu adalah fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua hambaNya tidak kira apa jua statusnya, agamanya, bangsanya mahupun warna kulitnya.Namun sebagai seorang muslim yang berfikir kita perlu selami makna CINTA ini yang sebenarnya, mungkin kita pernah dengar tentang Cinta Abadi, Cinta Hakiki, Cinta Suci, Cinta High Class, Cintan Cintun dan bermacam jenis lah  pasal cinta nie..Namun tidakkah pernah kita tertanya-tanya cinta yang mana satukah yang benar, asli dan betul ? Adakah semua cinta ini adalah sama ? atau berbeza ? Dan cinta yang manakah yang paling berharga dan tinggi nilainya? Jawapannya sudah pasti  adalah cinta yang amat sukar untuk manusia memperolehinya.

Hakikatnya, apa jua jenis cinta itu bukanlah perkara penting yang perlu kita ambil kira.Tetapi yang terpenting dan utama ialah dengan siapa kita bercinta. Dan apakah level-level cinta yang perlu kita tahu dan kita dahulukan rasa cinta itu sebagai seorang individu muslim yang fitrahnya akan jatuh cinta.



Cinta yang pertama yakni cinta yang paling tinggi darjat dan tiada tandingannya ialah cinta kepada Pencipta, Allah SWT yang telah menciptakan manusia dengan sifat cintaNya iaitu ar-Rahman (kasih) dan ar-Rahim (sayang). Allah SWT dengan kasih dan sayangNya telah mencipta kita dengan penuh kesempurnaan ditambah lagi dengan kurniaan nikmat yang paling bernilai yakni nikmat Iman dan Islam.Persoalannya, apakah kita sudah benar-benar menyintai Allah SWT ? mungkin lidah pernah melafazkan rasa cinta  kepadaNya tetapi adakah hati,ruh,fikiran dan perbuatan kita keseluruhannya melambangkan rasa cinta kita kepadaNya ?? Allahu…seseorang yang menyintai kekasihnya, sudah pasti sanggup berkorban apa sahaja untuk kekasihnya, ada juga yang sanggup menggadai harta dan nyawa untuk membuktikan cinta..



Jika kita benar cintakan Allah SWT apakah kita sudah sanggup mengorbankan jiwa dan raga kita untuk Allah..untuk agama Allah ini ?? Allahu, kita yang lemah ini kadang-kadang perintah Allah pun kita tinggal, kadang-kadang kita sendiri pun mudah lupa Allah, kadang-kadang kita berkira untuk bantu agama Allah ini Tetapi kita masih tidak malu mengatakan kononya kita cintakan  Allah sedangkan kita masih lagi bermaksiat kepadaNya..Tetapi sungguh Allah itu Maha Pengampun dan Pemilik segala cinta..Walaupun Dia tahu hambaNya pura-pura mengatakan cinta kepadaNya, tidak sekali Allah menghampakan hambaNya. Allah masih lagi memberi kita nikmat hidup untuk kita merasai nikmat-nikmat lain. Malah Allah tidak terus memberikan balasan atau seksaan kepada hambaNya sekiranya hamba itu sedang bermaksiat kepadaNya. Allah tidak terus menghantar bencana kepada sekelompok manusia sekiranya mereka sedang bermaksiat kepadaNya. Betapa Allah Maha Pengasih kepada kita umat Nabi Muhammad SAW dibandingkan dengan kaum-kaum nabi terdahulu yang Allah bagi "cash" jika mereka bermaksiat dan menentang dakwah nabi..Allahu, betapa kasih dan cintanya Allah kepada kita.


Untuk mendapatkan cinta Allah adalah perkara mudah kerana hakikatnya sejak azali lagi, sebelum kita dihidupkan di dunia ini Allah sudah mencintai kita,  CUMA untuk memdapatkan rasa cinta kepada Allah dalam diri kita itu yang susahnya..Kenapa susah ? ? Mesti ade jalan dan cara untuk mendapatkannya kann… susahnya kerana kita tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta tersebut..Kita perlu mengambil ibrah daripada kisah wali Allah, wanita yang mulia, Perindu Cinta Abadi iaitu Rabiatul Adawiyah..Beliau mempunyai suara yang merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki. Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk-Nya..SubhaAllah betapa wanita mulia ini tidak pernah mengharapkan cinta manusia dan hanya mendamba cinta Ilahi.


Kita hayati hadits qudsi ini :
Allah berfirman: "Siapa yang mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatnya sehasta. Jika ia mendekatiKU sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau ia datang menuju-Ku dengan berjalan kaki, akan Aku songsong dengan berlari". (HR. Bukhari dan Muslim)


Hadits ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita ingin mendekatkan diri kepada Allah, Allah SWT akan akan lebih cepat untuk dekat kepada kita.Perlambangan ini menunjukkan kita usaha sedikit untuk dekat dengan Allah tetapi Allah usaha lebih untuk dekat dengan hambaNya.Betapa cinta dan kasihnya Allah kepada kita..

Untuk mewujudkan rasa cinta kepada Allah dalam diri kita, kita perlu tinggkatkan amal ibadat sunat selepas mengerjakan ibadat wajib..Amalan Qiamullail membuatkan kita lebih dekat dengan Allah dan di saat itulah kita boleh merintih dan mengadu kepadaNya..Dan semua perkara yang kita lakukan hendaklah kita sandarkan kepada Allah SWT..Hati dan fikiran kita tidak mati untuk mengingati Allah SWT..Lazimkan lidah dan bibir kita menyebut kebesaran Allah dan zikrulallah..InshaAllah mereka yang bersunnguh-sungguh untuk mendapatkan kecintaan Allah, pasti akan dapat..Jika mendapat Cinta Allah bermakna mendapat segala-galanya termasuk syurga Allah.

 
Selepas cinta Allah ?? cinta kepada siapa ??

Cinta kepada Rasul yakni baginda Nabi Muhammad SAW
Kemudian cinta kepada Ibubapa
Kemudian cinta kepada Suami/Isteri
Kemudian cinta kepada Saudara/Sahabat
Kemudian cinta kepada Alam

waAllahua'lam.

Selamat bercinta dan Jatuh cinta duhai muslim yang berfikir  !!!

No comments:

Post a Comment