Apabila berbicara tentang
cinta pasti terdetik di fikiran banyak manusia bahawa cinta itu adalah perasaan
kasih dan sayang seseorang kepada kekasihnya. Betul tak ? Secara literal dan
realitinya memang tidak boleh dinafikan hal tersebut kerana cinta itu adalah
fitrah manusia yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua hambaNya tidak kira
apa jua statusnya, agamanya, bangsanya mahupun warna kulitnya.Namun sebagai
seorang muslim yang berfikir kita perlu selami makna CINTA ini yang sebenarnya,
mungkin kita pernah dengar tentang Cinta Abadi, Cinta Hakiki, Cinta Suci, Cinta
High Class, Cintan Cintun dan bermacam jenis lah pasal cinta nie..Namun tidakkah pernah kita
tertanya-tanya cinta yang mana satukah yang benar, asli dan betul ? Adakah semua
cinta ini adalah sama ? atau berbeza ? Dan cinta yang manakah yang paling
berharga dan tinggi nilainya? Jawapannya sudah pasti adalah cinta yang amat sukar untuk manusia
memperolehinya.
Hakikatnya, apa jua jenis
cinta itu bukanlah perkara penting yang perlu kita ambil kira.Tetapi yang terpenting
dan utama ialah dengan siapa kita bercinta. Dan apakah level-level cinta yang
perlu kita tahu dan kita dahulukan rasa cinta itu sebagai seorang individu
muslim yang fitrahnya akan jatuh cinta.

Cinta yang pertama yakni
cinta yang paling tinggi darjat dan tiada tandingannya ialah cinta kepada
Pencipta, Allah SWT yang telah menciptakan manusia dengan sifat cintaNya iaitu
ar-Rahman (kasih) dan ar-Rahim (sayang). Allah SWT dengan kasih dan sayangNya
telah mencipta kita dengan penuh kesempurnaan ditambah lagi dengan kurniaan
nikmat yang paling bernilai yakni nikmat Iman dan Islam.Persoalannya, apakah
kita sudah benar-benar menyintai Allah SWT ? mungkin lidah pernah melafazkan
rasa cinta kepadaNya tetapi adakah
hati,ruh,fikiran dan perbuatan kita keseluruhannya melambangkan rasa cinta kita
kepadaNya ?? Allahu…seseorang yang menyintai kekasihnya, sudah pasti sanggup
berkorban apa sahaja untuk kekasihnya, ada juga yang sanggup menggadai harta
dan nyawa untuk membuktikan cinta..
Jika kita benar cintakan Allah SWT apakah
kita sudah sanggup mengorbankan jiwa dan raga kita untuk Allah..untuk agama
Allah ini ?? Allahu, kita yang lemah ini kadang-kadang perintah Allah pun kita
tinggal, kadang-kadang kita sendiri pun mudah lupa Allah, kadang-kadang kita
berkira untuk bantu agama Allah ini Tetapi kita masih tidak malu mengatakan
kononya kita cintakan Allah sedangkan
kita masih lagi bermaksiat kepadaNya..Tetapi sungguh Allah itu Maha Pengampun
dan Pemilik segala cinta..Walaupun Dia tahu hambaNya pura-pura mengatakan cinta
kepadaNya, tidak sekali Allah menghampakan hambaNya. Allah masih lagi memberi
kita nikmat hidup untuk kita merasai nikmat-nikmat lain. Malah Allah tidak
terus memberikan balasan atau seksaan kepada hambaNya sekiranya hamba itu
sedang bermaksiat kepadaNya. Allah tidak terus menghantar bencana kepada
sekelompok manusia sekiranya mereka sedang bermaksiat kepadaNya. Betapa Allah
Maha Pengasih kepada kita umat Nabi Muhammad SAW dibandingkan dengan kaum-kaum
nabi terdahulu yang Allah bagi "cash" jika mereka bermaksiat dan menentang
dakwah nabi..Allahu, betapa kasih dan cintanya Allah kepada kita.
Untuk mendapatkan cinta
Allah adalah perkara mudah kerana hakikatnya sejak azali lagi, sebelum kita dihidupkan
di dunia ini Allah sudah mencintai kita,
CUMA untuk memdapatkan rasa cinta kepada Allah dalam diri kita itu yang
susahnya..Kenapa susah ? ? Mesti ade jalan dan cara untuk mendapatkannya kann…
susahnya kerana kita tidak bersungguh-sungguh untuk mendapatkan cinta
tersebut..Kita perlu mengambil ibrah daripada kisah wali Allah, wanita yang
mulia, Perindu Cinta Abadi iaitu Rabiatul Adawiyah..Beliau mempunyai suara yang
merdu dan wajah yang ayu, namun cinta hatinya tidak mampu dimiliki lelaki.
Biarpun ulama terbilang yang datang meminang, biarpun Sultan negara yang datang
merisik, Rabiatul Adawiyah kekal sendiri kerana cinta hatinya hanya untuk-Nya..SubhaAllah
betapa wanita mulia ini tidak pernah mengharapkan cinta manusia dan hanya
mendamba cinta Ilahi.
Kita hayati hadits qudsi
ini :
Allah
berfirman: "Siapa yang mendekatiKu sejengkal, Aku akan mendekatnya
sehasta. Jika ia mendekatiKU sehasta, Aku akan mendekatinya sedepa. Kalau
ia datang menuju-Ku dengan berjalan kaki, akan Aku songsong dengan berlari".
(HR. Bukhari dan Muslim)
Hadits
ini jelas memberitahu kita bahawa apabila kita ingin mendekatkan diri kepada
Allah, Allah SWT akan akan lebih cepat untuk dekat kepada kita.Perlambangan ini menunjukkan
kita usaha sedikit untuk dekat dengan Allah tetapi Allah usaha lebih untuk
dekat dengan hambaNya.Betapa cinta dan kasihnya Allah kepada kita..
Untuk
mewujudkan rasa cinta kepada Allah dalam diri kita, kita perlu tinggkatkan amal
ibadat sunat selepas mengerjakan ibadat wajib..Amalan Qiamullail membuatkan
kita lebih dekat dengan Allah dan di saat itulah kita boleh merintih dan mengadu
kepadaNya..Dan semua perkara yang kita lakukan hendaklah kita sandarkan kepada
Allah SWT..Hati dan fikiran kita tidak mati untuk mengingati Allah
SWT..Lazimkan lidah dan bibir kita menyebut kebesaran Allah dan zikrulallah..InshaAllah mereka yang bersunnguh-sungguh untuk mendapatkan kecintaan Allah, pasti
akan dapat..Jika mendapat Cinta Allah bermakna mendapat segala-galanya termasuk
syurga Allah.
Selepas
cinta Allah ?? cinta kepada siapa ??
Cinta
kepada Rasul yakni baginda Nabi Muhammad SAW
Kemudian
cinta kepada Ibubapa
Kemudian
cinta kepada Suami/Isteri
Kemudian
cinta kepada Saudara/Sahabat
Kemudian
cinta kepada Alam
waAllahua'lam.
Selamat bercinta dan Jatuh cinta duhai muslim yang berfikir !!!