Sunday, 26 July 2015

#KISAHRASAHATI

Sambil mengunyah ayam bakar cicah sos cili, saya tak menikmatinya sungguh sungguh,
Kerna saya rasakan sesuatu meronta ronta.
Deep di dalam dada dan ia semakin menekan.
Ia rasa yang sama sejak saya kembali ke kem ini.

Sedih? Saya tak pasti saya homesick.
Stress? Result exam tak keluar lagi.
Takut? Kenapa perlu takut.

Saya tak tahu menterjemah rasa ini.
Mungkin ini rindu.
Ya, rindu!
Rindu pada sahabat yang berLI.
Sahabat yang akan mula bergelar Zulu.

Mungkin juga saya merasakan tanggungjawab;
Amanah mendidik diri, rakan, family dan jr2.
Ditambah dengan Adik adik baru akan melapor fakulti tak lama lagi.
Entah.

Entah, sungguh saya tak pandai menterjemah rasa...
Moga ia masih dalam redha Allah.

Monday, 20 July 2015

Miss World of Raya

Sehebat mana pun pangkatmu,
Setinggi mana pun prestasimu,
Secantik mana pun rupamu..
Sefitt mana pun staminamu..
Ke dapur jgn kita jauhi..


Dapur is the best place to start your dakwah n tarbiah utk family..

 Tahu x kenape..

Kerana ketika memasak , kitalah org yang menentukan baik atau tidak makanan itu..

Perencah wajib ketika memasak
1) ikhlas
2) setiapkali masukkan sesuatu bahan lafazkan Bismillahirrohmanirohim,
3) apabila asyik membuat adunan, kacau , tumis , gaul .. isikan masa itu dengan ayat2 Allah
   surah Al-fatihah, surah tiga Qul, atau wat revision hafazan surah assajdah , al waqiah , al mulk , al      insan ..

confirm Marvelous, InsyaAllah !

Jaga lah makan mu , hendaklah mkkn itu halal lagi baik,  jika kamu syukuri nikmat Allah dan menyembahNya.
surah An-Nahl ayat 114 (16:114)

Ayah : Sedap kuih samperit Alia buat , rase lemak dye emm , ayah suke..
Alia : (tersenyum)
Abg : hmm Chocolate Chip Alia lagi sedap dari Famous Amos.
Alia : Haha ya laa tu..
( Semoga yang makan mknn yg ku masak ini dilimpahkan rahmat dan hidayah Allah.. )


#neverforgettoreadQuranevenraya
#coveryourauratevenraya
#sanahhelwahtnijat

IBRAH SYAWAL 4- Bakal Imamku Encik Perfect

~post ini untuk mereka yang mencari suami en sempurna, haha..

Doktor, macam mana hospital?
Erk..
Tuan Kapten, dah boleh salute belum?
Haa??
Wah, nanti kalau kahwin bawah pedang tu Mak Ngah nak sponsor catering.
Hmmm...
Nanti dah ready bagi tahu, kak Nora nak buatkan hantaran,oke?
Ehhh??
Sedihlah emak kau lepas ni kalau ko kena hantar mission dekat MALBAT.
....
Duduk sana jadi sr yang baik, jangan buli orang bawah kita.
Hehe..(senyum sumbing)

Pening kepala,
Terasa Segan pula,
Expectations mereka semua tinggi melangit,
Sedangkan usaha kita ciput je dekat U tu..
Hmm..angguk angguk geleng geleng je..
So macam mana?

Selalu ingatkan adik2 jr,
Kita datang sini bukan dengan harapan kita seorang, tp mak ayah, cg2, adik beradik, saudara mara, kawan2,jiran2...

Mungkin kita yang rasa payah, fed up, sedih, dan tension duduk disini,
Rasa nak tarik diri, jatuhkan pointer, rasa nak buat masalah untuk gagalkan diri sendiri.
Tapi..
sanggupkah kita hancurkan harapan mereka?

Hmmm...

Tepuk dada tanya iman,
On lampu meja buka buku,
Teruskan usaha bukan just angan angan,
Sebab kebergantungan kita hanya pada Dia Tuhan yang Satu!

#IbrahSyawal4
#sanahHelwahAkhIjat

Sunday, 19 July 2015

IBRAH 2 SYAWAL-memoir Lane

Petir yang kuat dilangit mengejutkan lena yang panjang.
Tidur yang tidak tenang pabila memori lama menjadi mimpi.
Karat karat jahiliyyah dan dosa dosa bagai diulang tayang.
Satu persatu...
Berpeluh, terkejut, terkesan.
Segera beristighfar...

"Akh, macam mana raya?"
"Susah, tarbiyyah di uni dan rumah lain."
"Nta kena kuat, mujahadah, jangan tinggal amalan Ramadan."
"..."

Jiwa rasa sedikit tenang,

Terima kasih sahabat.

#IbrahSyawal2
#memoirUntukDiri

IBRAH SYAWAL 3-Si kumbang Kuntum

Hati lelaki ini pelik,
Jangan diuji dengan acah acah,
Jangan disakat sakat,
Jangan di maching machingkan..

Takut takut pandangn mata membawa ke mimpi,
Takut takut jiwa terus bergetar, dengup jantung bertambah laju..
Takut takut tak mampu menjaga apa yang perlu..

Oh 'adik', jangan disakat abang sr mu ini dengan kakakmu ayu yang  sebaya dengan aku.
Bukan tak mahu, cuma sekadar mahu menjaga hati dahulu.

Biarlah Allah mengatur yang terbaik,
Aku tidak menolak jika engkau akhirnya menjadi keluargaku..
InsyaAllah

#IbrahSyawal3
#belajarDariPengalaman

Saturday, 11 July 2015

KISAH PEMUDA BANGSA, PUTERA AGAMA

Seusai ditahan dengan polis kerana memandu malam malam di Putrajaya, percisely di Percint 9.
Saya melihat sesuatu yang pelik setelah tiba di destinasi yang dituju; Masjid Putra, Precint 1, Putrajaya, Malaysia.
Sepanjang menjadi permastautin tidak tetap disini, sukar nak melihat saf saf ini penuh kecuali solat Jumaat yang berlangsung pada Zohor hari Jumaat setiap minggu.

Wah....
Ramainya yang iktikaf dimasjid ini.
Tapi yang membuatkan saya lebih takjub bila mana ramai anak anak muda yang mendominasi,
Mereka berkumpulan, mengambil penjuru masing masing membentang selimut.
Ada yang khusyuk solat malam walau Imam bertugas belum lagi bekerja, pak siak masjid belum lagi membuka lampu.
Ada juga yang mengatur makanan kumpulan masing2, sebagai bekalan sahur, mungkin tambahan dari sahur yang akan disediakan pihak masjid selepas qiam nanti, seperti kami yang membawa 20 keping roti canai dari InasMaju Precint 9 sebenar tadi.

"Hebat, bila anak muda lebih memilih unusual path, the road not taken," kata Ibu selepas witir di Bangi tadi.

So, saya nak menjadi pemuda hebat, persis kata ibu.

Sebabnya saya tak sabar nak masuk syurga Allah yang maha luas itu!

PENANGAN PENGAT DnT

Kenapa Dakwah dan tarbiyyah itu perlu?
Sebab itu yang membezakan kita dengan babi mess.
Dan Sebab itulah kita dilahirkan dengan fizikal seorang manusia, bukan kucing!

Dengan DnT saya jadi macam ni, selalu tak keruan.
Semua benda perlu difikirkan, pro and cons.
Ditambah pula zaman in lah semua contradict dengan apa yang kita impikan,
Kehidupan islam yang syumul dan holistik!

Macam mana pun sukarnya kehidupan ini, ia perlu diteruskan.
Perlu sabar yang tinggi, usaha yang kuat, keinginan menjadi hamba Allah yang hebat!
Dari sekadar muslim kepada mukmin.
Dari sekadar masuk syurga selepas rentung dengan dosa kepada masuk syurga seawalnya.

X mustahil, kan?
Ke mustahil?
Entahlah..

Pengat?
X de kena mengena, sekadar menahan lapar menunggu waktu berbuka selepas berFSMO.

entahlah..hmmm..

Thursday, 2 July 2015

KISAH LADIES BERTUDUNG LITUP

Dalam menanti IC untuk melapor strength malam, aku berborak dengan jr dan kawan2.
Inilah sebab aku suka turun rollcall, dapat mendengar dan berkongsi cerita untuk dijadikan pengajaran dalam kehidupan bersama.

" Tn pernah tak rasa ada orang suka tuan, dan dia sibuk bercerita pada orang lain namun sebenarnya tn hanya sekadar rapat atas urusan kerja?
Dan Salah satu sebabnya dia tertarik adalah kerna  tudung labuh ini, dan ia membuatkan saya mahu buka balik tudung ni!

Aku terkesima, betullah Allah menguji seseorang mengikut tahap keimanan masing2.
Aku mungkin tidak tertarik dengan seksanya maria Ozawa, tapi mungkin aku tertarik dengan ayunya Heliza Helmi, siapa tahu??

BTW, siapa wanita gagah itu?
Dia hanyalah wanita yang mahu berubah, bermula dengan penampilan tudung sedikit litup melepasi paras bahu sebelum menukar tingkah laku yang kebiasaannya amat happy go lucky untuk menjadi seorang muslimah osem secara total.

Tak apa, berubah slow slow asalkan istiqamah.
Bersabar dengan ujian.

Solusi masalah tadi?
Jangan tarik muka tapi berterus terang.
Jika benar dia sukakan perempuan yang cuba menjaga malunya, kenapa dia seorang lelaki tidak mahu menjaga rasa hormat pada seseorang.

Untuk anda yang mungkin lelaki itu,
ingat, setiap perempuan ada maharnya,
dan kita sebagai lelaki memegang amanah melindungi mereka, siapa pun mereka!

#mariIstiqamahWahaiHati
#mogaAllahRedha


Gambar sekadar hiasan