Thursday, 27 February 2025

Ambang Ramadan 2025

Ambang Ramadan 
- Da'i Ahmed

3 amalan yang diberikan pahala tanpa batas:
1. Sabar dlm menghadapi semua benda (meninggalkan maksiat, rintangan hidup dll)
2. Saling memaafkan dan perbaiki hubungan
3. Berpuasa

Ramada: Panas terik yang membakar
Ramadan: waktu nak bakar dosa dari Baligh hingga sekarang
Keluar dari ramadan- seperti bayi baru lahir (diampunkan segala dosa, nama dipintu neraka dihapuskan)

Sesiapa yang tak selamat dari dosa dan kesalahan yang dia lakukan selepas Ramadan; maka celakalah hidup dia.

Kaedah bertaubat:
1. Rasa menyesal dan taubat
2. Keluar dari lingkungan sediaada
3. Cari circle yang baik (kawan, tempat, suasana)

Ingat; Allah melihat hati dan usaha kita, bukan hasil akhir. 
Walaupun perbuatan tidak 100% berubah, tapi hati benar2 untuk berubah,  mudah2an Allah reda.

Ya Allah, kurniakanlah kami kesejahteraan dlm bulan ramadan, dan ramadan datang dengan sejahtera untuk diri kita.

Amalan Ramadan
1. Perbanyakkan solat-fardu dan sunat
2. Banyak baca Quran dan tadabbur isinya
3. Banyakkan sedekah

Mencari circle/ kawan;
1. Jangan kawan dengan orang penakut
2. Jangan kawan dengan orang yang kedekut
3. Jangan kawan dengan orang yang rakus

Nampak semut dan nyamuk; tadabbur
Semut: Boleh bekerjasama dlm kumpulan
Nyamuk: Hisap darah member dengan rakusnya.

Mudah2an Ramadan ini akan terus baik2 sahaja.